Saturday, October 8, 2011

percaya & sayang.




Apa yang harus aku lakukan apabila orang yg aku PERCAYA dan SAYANG merupakan orang yang menikam aku dari belakang.

Apa yang harus aku lakukan apabila orang yang aku PERCAYA dan SAYANG adalah seorang yang menceritakan keburukan aku kepada orang lain. 

Jika benar itu keburukan dari aku, aku mungkin boleh terima lagi. 

Tapi bagaimana kalau ia direka bagi menutup keburukan atau kesalahan dirinya sendiri? atau dalam kata lain, direka bagi menunjukkan dirinya baik di mata orang, dan aku lah yang buruk itu.

Hati ini selalu terdetik akan perkara itu, tapi kerana dia adalah orang yang aku PERCAYA dan SAYANG aku tepis perasaan itu jauh-jauh. 

Tidak mungkin dia berbuat begitu kepada aku. 

Aku sendiri pernah bertanya dan jawapan yang diberikan tidak menyetujui persoalan aku itu.

Apabila aku melihat *membaca* sendiri, . 

Apa yang harus aku lakukan.

Gerak hati, yang aku percaya Allah SWT yang menggerakkannya selama ini, memberi aku petunjuk dalam setiap perkara, setiap langkah yang telah, sedang dan bakal aku lalui mempunyai sebab yang tersendiri. 

Aku yakin Allah mendengar setiap doa yang aku titipkan selepas solat, untuk membantu aku menjalani hidup ini kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya.

Sekiranya ini dugaan yang Engkau kirimkan kepada ku untuk aku hadapinya, aku redha dan pasrah.

InsyaAllah, akan ku tabahkan dan gagahi diri ini untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. 

Sesungguhnya diri ini tidak kuat lagi berhadapan perkara seperti ini. Masalah atau permainan mereka yang tidak matang atau belum bersedia untuk serius dalam kehidupan mereka sendiri. Mereka yang tidak mengambil endah hidup mereka sendiri, tidak memikirkan tanggungjawab hidup dan berasa hidup ini hanya untuk diri mereka sendiri tanpa memikirkan kepentingan insan lain dalam hidup mereka.


To whom it may concern:
Lived your life as you wish cause i had enough of it. the stupid me wanted to be stick around you and it's hardly to let go. I wish you are matured enough to guide me through the path. The right path. Forgiveness is never enough for you. If this ever happen again, i will never laid back and pretending nothing ever happen.
Thanks.


p/s: luahan perasaan yang membabi buta menberontak mahu diluahkan.

No comments:

Post a Comment